Thursday, January 10, 2019

~ s e i k a t s u ~

Selamat Datang Ke SEIKATSU.....


     Seikatsu bermaksud 'kehidupan' dalam bahasa Jepun. Saya menamakan blog ini seikatsu kerana ingin berkongsi serba sedikit mengenai perkhidmatan dan juga produk yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. 


KESIHATAN

Kesihatan dan kekuatan tubuh badan pemangkin kejayaan!!


     'Sihat sebelum sakit'- salah satu lima perkara yang diingatkan oleh Rasulullah kepada kita. Untuk para pelawat yang inginkan  sedikit suplimen (supplement) kesihatan dialu -alukan melihat bahagian kesihatan. Oleh sebab kemerosotan kualiti persekitaran seperti udara dan air, terdapat banyak simptom yang dianggap remeh oleh masyarakat justeru membawa kemudaratan di hari tua. Gaya hidup yang penuh stress juga membawa kesan negatif terhadap jasmani kita. Justeru , seksyen ini diharap membantu pelawat memilih apa yang terbaik bagi mereka.








No need to say ; Knowledge Is Power!!


     Bahagian pendidikan pula disediakan bagi mereka yang mengambil berat mengenai pembelajaran diri sendiri atau anak- anak yang masih bersekolah. Teknik pembelajaran konvensional atau lebih tepat lagi tradisional bukan lagi satu teknik utama dalam sistem pendidikan. Banyak lagi teknik - teknik yang dikaji oleh pakar pendidikan bagi merangsang pembelajaran pelajar. Kami menawarkan serba sedikit perkhidmatan dan langganan program alternatif yang terbukti berkesan dan mungkin boleh membawa sedikit perubahan, InsyaAllah.  "Knowledge is power"





 PERLINDUNGAN

Sediakan sekurang- kurangnya payung sebelum hujan....

     'Sediakan payung sebelum hujan'. Pepatah lama ini semakin kurang efektif pada zaman ini. Saya lebih suka cadangkan "sediakan rumah sebelum ribut ". Mungkin jika sekadar hujan menimpa hidup anda, anda masih mampu bertahan. Tetapi jika pelbagai ribut masalah melanda hidup anda, perlindungan yang kukuh amat diperlukan di waktu anda kesesakan sumber kewangan dsb.

      Oleh itu kami menyediakan bahagian perlindungan takaful yang akan  membantu anda ketika dilanda musibah. Saya berani mengatakan majoriti masyarakat kita tidak mempunyai simpanan untuk waktu kecemasan. Oleh itu perkhidmatan takaful menawarkan skim simpanan tetap dan pada masa yang sama perlindungan kewangan untuk anda sewaktu ditimpa musibah. 

     Keistimewaan takaful ialah perlindungan kewangan diberi kepada peserta tanpa menjejaskan wang simpanan anda. Dan yang paling penting ianya adalah 100% halal berlandaskan hukum syarak.